5 Februari 2015


KOTA BHARU - Rang undang-undang persendirian untuk hudud bakal dibentangkan oleh kerajaan negeri Kelantan di Parlimen pada Mac 2015. 
Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan untuk beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah  II 1993 yang akan membolehkan pelaksanaan hukum hudud dan qisas di Kelantan.

Pindaan kanun tersebut sepatutnya dilaksanakan pada Disember 2014 tetapi ditundakan kerana bencana banjir tetapi menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia akan dibentangkan pada bulan Mac. 

Tujuan pembentangan ini adalah untuk membolehkan hukuman hudud digunakan di Kelantan supaya dapat memenuhi kehendak al-Quran dan sunnah.

Selain memperkenalkan undang-undang hudud, kerajaan negeri juga telah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Negeri lebih setahun yang lepas dan juga telah menghantar 6 wakil untuk menyertai Jawatankuasa Khas Teknikal Peringkat Kebangsaan untuk mengkaji dengan teliti pelaksanaan hukuman hudud.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!