10 Februari 2015


SINGAPURA - Seorang lelaki muda telah menarik perhatian orang ramai selepas mengambil keputusan untuk menanggalkan pakaiannya di hadapan Kolej Seni La Salle. 

Menurut seorang pemerhati, Claudette yang berada di tempat kejadian, lelaki tersebut sedang berjalan di hadapan bangunan sebelum meletakkan beg galas dan botol airnya di atas lantai.

''Dia kemudian telah membuka butang bajunya tetapi telah menarik perhatian ramai hanya selepas dia mula membuka seluar dan seluar dalamnya''. Dalam keadaan yang tidak berpakaian, dia telah lari ke hujung jalan, kembali semula dan mula memakai pakaian yang ditanggalnya.

Tambah Claudette, ''Ini mungkin adalah 'idelogi zaman baru' atau satu persembahan tetapi orang yang lalu lalang hanya memerhati dengan perasaan yang terkilan dan ketawa melihat karenah yang pelik itu''.

Di Singapura, ia adalah salah di sisi undang-undang untuk melakukan kesalahan seperti ini di tempat awam. Pesalah boleh didenda RM4500, menghadapi tempoh penjara untuk tiga bulan ataupun menerima kedua-dua hukuman ini. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!