19 Februari 2015


Bogota: Seorang guru wanita di sini mengambil masa dua tahun ‘berjuang’ untuk menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz.

Guru berusia 36 tahun itu gemar menukar namanya beberapa kali dengan alasan mahu memaparkan dirinya mengikut keadaan emosi.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menukar nama kepada kesemua 26 abjad berkenaan menjadi cabaran paling besar dihadapinya.

Wanita itu yang sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg, akhirnya diberi kebenaran menukar namanya walaupun pegawai pendaftaran pada mulanya menolak permohonan berkenaan.

Kata guru itu, dia suka menukar nama dan akan mencari nama yang sukar disebut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!