21 Februari 2015


KRU Music menafikan sekeras-kerasnya pihaknya terlibat dengan penyebaran sebuah video yang dikaitkan dengan sebuah parti pembangkang.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, KRU Music menjelaskan bahawa lagu berjudul Sandiwara yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 itu berinspirasikan isu Al Maunah yang menjejaskan keamanan negara pada ketika itu.

Beberapa hari lalu tersebar sebuah klip video berdurasi selama tiga minit 16 saat yang memaparkan imej Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlatarbelakangkan lagu Sandiwara.

Video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial menerima kritikan hebat daripada netizen terutama terhadap kumpulan trio adik-beradik KRU itu kerana didakwa terlibat dalam agenda untuk menghina bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Pihak KRU Music juga akan membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab menghasilkan video berkenaan.

Kenyataan itu turut menjelaskan, tindakan individu yang membuat interpretasi sendiri dari lirik lagu ini adalah melanggar hak cipta milik syarikat itu.

Lagu Sandiwara yang dihasilkan 15 tahun lalu itu dinyanyikan artis alam maya di bawah naungan KRU, Tyco.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!