10 Februari 2015


SAAT anda ternampak suatu makhluk asing keluar dari badan labah-labah yang anda baru sahaja bunuh, anda ada dua pilihan; lari atau lari.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik ke Youtube, seekor 'cacing alien' keluar dari badan seekor labah-labah yang dibunuh perakam video tersebut, Baskwith2.

Cacing tersebut berukuran 15 kali ganda panjang dan sama besar dengan saiz abdomen labah-labah berkenaan.

Seramai 4.5 juta pelayar melihat video tersebut dan salah satu maklum balas ialah "Bunuh ia dengan api!"

Menurut Dailymail UK, cacing tersebut adalah parasit Mermithid Nematode, yang sering ditemui di dalam badan serangga 'Anthropod' seperti labah-labah dan ketam.

Parasit tersebut kebiasaannya akan memakan isi dan organ perumahnya dan menjadi semakin besar.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!