23 Februari 2015


OMAHA, Nebraska – Sebuah kereta milik bilionair Warren Buffett dilelong pada harga AS$122,500 (RM440,693) iaitu kira-kira 10 kali ganda lebih tinggi daripada nilai semasa.

Buffett meletakkan kereta Cadillac DTS keluaran tahun 2006 itu untuk lelongan di laman web Proxibid manakala hasil jualannya akan didermakan kepada yayasan Girls Inc. di sini.

Kereta itu yang dianggarkan bernilai cuma AS$12,000 (RM43,170) itu dibeli oleh seorang pembida tidak dikenali pada harga AS$122,500.

Kenderaan itu hanya memiliki jarak perjalanan sejauh 32,685 kilometer.

"Girls Inc. berulang kali mendapat manfaat daripada acara lelongan yang dilakukan oleh Buffett," kata pengarah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan tersebut, Roberta Wilhelm.

Pada tahun 2006, Buffet melelong kereta Lincoln Town Car untuk membantu organisasi berkenaan. Kenderaan tersebut dijual pada harga lebih AS$70,000 (RM251,825).

Menurut majalah Forbes, Buffett memiliki aset bernilai AS$63 bilion (RM226 bilion) setakat Julai 2014

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!