6 Februari 2015


KUNMING, China – Seorang budak perempuan berusia enam tahun melalui detik menyedihkan apabila ditinggalkan sejak sebulan yang lalu oleh datuknya sebagai cagaran di sebuah pusat spa di sini baru-baru ini.

Datuknya yang juga seorang pesara bertindak demikian selepas mendakwa tertinggal dompetnya di rumah ketika mengunjungi spa berkenaan dan meminta untuk pulang ke rumah bagi mengambil wang dengan meninggalkan sementara cucunya, Siyao, 6, sebagai cagaran.

“Dia memberitahu penyambut tetamu itu akan meninggalkan sementara cucunya sebagai bukti yang dia akan kembali semula,” kata Mee Wang, 40, yang merupakan pengurus spa tersebut.

Lelaki itu bagaimanapun tidak muncul kembali menyebabkan kakitangan di spa berkenaan terpaksa menjaga kanak-kanak itu termasuk memberi makanan dan pakaian.

Berikutan cerita mengenai Siyao tersebar di media tempatan, banyak pihak mendesak pihak berkuasa supaya campur tangan dengan menempatkan kanak-kanak itu di rumah kebajikan.

Kebanyakan rumah di China tidak mempunyai alat pemanas dan bekalan air menyebabkan penduduk gemar ke pusat spa untuk membersihkan badan, berehat dan mendapat khidmat urutan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!