24 Februari 2015


Mungkin ada perkhabaran gembira menanti pemain badminton terbaik negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) apabila dimaklumkan semua siasatan berhubung kes doping sudah selesai diuruskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kini pemain nombor tiga dunia itu hanya menunggu tarikh kesnya di bawa ke Jawatankuasa Panel Sebutan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk dibicarakan yang dijangka diketahui sedikit masa lagi.

Biarpun mengakui Tahun Baru Cina minggu lalu agak ‘suram’, pemain itu harap akan ada berita gembira di samping mengharapkan tuah Tahun Kambing akan membawa khabar gembira buatnya.

Katanya, dia sudah tidak sabar untuk menamatkan semua permasalahan itu agar dapat memberi fokus terhadap latihan bagi mengekal tahap kecergasan di tahap maksimum.

“Saya harap ada berita gembira dan sekarang ini hanya menanti BAM untuk memaklumkan tarikh perbicaraan isu doping itu. Saya harap kes ini dapat diselesaikan segera supaya saya boleh kembali ke gelanggang untuk fokus terhadap latihan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!