26 Februari 2015


Cagayan De Oro: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menegaskan bahawa kumpulan itu tidak akan melancarkan satu lagi peperangan dengan Manila sekiranya Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL) gagal diluluskan atau disemak semula oleh Kongres negara itu.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro, Roberto Alonto memberitahu sebuah forum di sini semalam, MILF akan terus berunding dengan kerajaan tetapi akan mempertahankan diri jika diserang.

“MILF tidak mempunyai sebab untuk kembali semula berperang melainkan kami perlu mempertahankan diri.

“Tiada situasi yang menekan kami untuk mempertahankan diri dan biar saya jelaskan bahawa kami tidak mempunyai niat untuk kembali berperang,” katanya.

BBL yang bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan Bangsamoro tergendala selepas berlaku pertempuran berdarah antara sebuah kumpulan pemberontak dan polis di Mamasapano pada 25 Januari lalu.

Pertempuran berkenaan menyebabkan seramai 44 anggota komando polis maut dan 18 pemberontak serta lima orang awam terbunuh.

Alonto berkata, walaupun masa depan BBL tidak menentu tetapi MILF masih menghormati perjanjian gencatan senjata dengan Manila dan akan terus berbuat demikian.

“Walaupun ia mengambil masa selama beberapa tahun kami akan terus menghormati perjanjian berkenaan,” tegasnya.

Seorang ahli panel keamanan MILF, Profesor Abhoud Syed Lingga berkata, kumpulan pemisah itu telah berunding untuk mencari satu penyelesaian politik selama 17 tahun.

Katanya, MILF tidak akan hilang harapan terhadap Manila untuk menghormati komitmen bagi menubuhkan kerajaan Bangsamoro.

“Kami ada pihak ketiga yang bertindak sebagai pemerhati dan boleh melaporkan jika ada mana-mana pihak yang tidak mematuhi perjanjian ini,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!