2 Februari 2015


BUTTERWORTH - Seorang pembantu restoran yang berusia 50 tahun telah mengaku tidak bersalah untuk 4 kesalahan seks, termasuk 3 dakwaan dalam cubaan untuk mengadakan hubungan intim dengan 2 cucu perempuannya yang bawah umur. 

Pesalah yang identitinya disembunyikan untuk melindungi cucu-cucunya, didakwa melakukan kesalahan tersebut ke atas kedua-dua mangsa yang berusia 7 dan 8 tahun di Seberang Prai pada waktu malam antara 24 November 2014 dan 11 Januari 2015. 


Tambahan pula, dia juga dituduh merogol seorang budak perempuan yang lain yang berumur 7 tahun dalam tempoh dan lokasi yang sama. Pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Jenayah dan Seksyen 376 atas kesalahan merogol.

Dia telah meminta untuk diikat jamin tetapi dibantah oleh dua hakim yang sedang mengendalikan kes ini. 9 Mac 2015 adalah tarikh berikutnya untuk prosiding mahkamah sambil menunggu laporan perubatan dan laporan dari makmal kimia. 



Kredit Foto: Pakistan Today
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!