18 Februari 2015


AMERIKA SYARIKAT - Seorang penumpang pesawat Alaska Airlines disengat seekor kala jengking ketika menaiki penerbangan dari Los Angeles ke Portland, Sabtu lepas.

Annie Simone memberitahu NBC, dia disengat di jari hantu (tengah) dan sehingga ke hari ini, bisa sengatan itu masih dirasainya.

Cerita Annie, kejadian berlaku terlalu pantas dan kala jengking itu tiba-tiba sahaja muncul di atas skirt yang dipakainya.

Annie bernasib baik kerana pesawat belum berlepas ketika itu dan anggota paramedik segera memberi rawatan kepada Annie.

Pihak syarikat penerbangan itu menjelaskan mereka sendiri masih bingung bagaimana kala jengking itu boleh berada di atas pesawat berkenaan.

Sebelum mengambil penumpang di Lapangan Terbang Los Angeles, pesawat itu dilaporkan berhenti di Los Cabos, Mexico, yang juga merupakan salah satu hentiannya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!