2 Februari 2015


JOM workout, itu istilah bagi kebanyakan mereka yang biasa bersenam di pusat gimnasium atau gym.

Kami yakin kebanyakan kita beranggapan gym adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.

Namun, lain pula istilah ‘jom workout’ di sebuah gym yang membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing.

Ini bukan rekaan tapi benar-benar terjadi di negara jiran kita Thailand.

Natijahnya, gym tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral.


Menurut laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada pelanggan yang sanggup membayar harga tertentu.

Untuk menjadi ahli kelab dan memasuki  premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.

Macam ni punya kelab pun ada.. ini bukan nak bersenam tapi merenyam! 



SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!