11 Februari 2015


Berpantang maut sebelum ajal. Mungkin pepatah itu paling tepat untuk mengungkapkan betapa bertuahnya mereka kerana terselamat.

Rakaman detik cemas yang dialami dua penerjun udara yang dimuat naik di Youtube awal bulan ini mula viral di laman sosial beberapa hari lepas.

Dalam video itu, kedua-duanya hampir maut apabila tali payung terjun mereka dirempuh sayap pesawat yang dinaiki mereka sebelum itu.

Kejadian itu berlaku di Thailand pada bulan Oktober tahun lalu.

Dalam deskripsi video tersebut, penerjun lelaki yang dikenali sebagai Forest Pullman menyatakan dia sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh terselamat dalam kejadian itu.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!