13 Februari 2015



BANGKOK – Kerajaan Thailand melancarkan kempen meminta golongan remaja mengehadkan aktiviti sosial mereka pada sambutan Hari Valentine, kata seorang pegawai semalam.

‘Nikmati hidangan istimewa tetapi bukan seks’ merupakan slogan kempen tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Promosi Moral (MPC) untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kehamilan dan penyakit kelamin.

“Kami akan cuba menghalang golongan remaja daripada terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang membawa kepada komplikasi pada hari ber­kenaan,” kata jurucakap MPC.

Bagi membendung aktiviti seksual, pegawai berkenaan meminta remaja untuk sekadar berkongsi makan malam dan kemudian pulang ke rumah.

“Kami harap para remaja tidak mempunyai apa-apa rancangan rahsia,” kata jurucakap itu lagi.

Thailand merupakan salah sebuah negara yang mencatat kadar kehamilan tertinggi dalam kalangan remaja dengan 54 daripada 1,000 gadis berusia antara 15 dan 19 melahirkan anak setiap tahun, menurut statistik Kementerian Kesihatan Awam.

Kementerian memberi amaran bahawa lebih banyak kehamilan akan digugurkan di klinik pengguguran ha­ram yang mana tidak bersih dan tidak selamat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!