KOTA KINABALU - Seorang nenek yang berusia 75 tahun didakwa telah dirogol kerana gagal membayar hutang sebanyak RM20 pada hari Jumaat, 13 Februari 2015 di Kampung Cenderakasih.
Ia dilaporkan bahawa mangsa telah gagal membayar hutang kepada seorang lelaki dari negara Pakistan yang menjual pelbagai jenis pakaian. Ketika membeli sehelai baju yang bernilai RM30, dia hanya membayar RM10.
Oleh itu, suspek dalam usia lingkungan 30-an telah pergi ke rumah mangsa terlibat untuk meminta hutangnya. Tetapi, dia masih gagal memulangkan hutang tersebut dan dalam keadaan marah, suspek telah menutup pintu rumah dan merogol mangsa.
Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa di Kota Kinabalu.