19 Februari 2015


KUALA LUMPUR -  Pihak Proton Holdings Berhad (Proton) dalam kenyataan rasmi berkata bahawa ia sangat risau tentang sekeping gambar yang menjadi viral di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta Proton Exora terbakar dengan tiba-tiba di susur keluar Cheneh di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari 2015. 

Dalam kenyataan tersebut Proton berkata beberapa pengguna media sosial telah menyatakan bahawa kereta Exora terbakar antaranya disebabkan oleh peningkatan suhu dan akibat mengisi minyak dengan penuh. 

Manakala, yang lain pula menyatakan bahawa tangki minyak kereta tersebut bocor.

Proton juga memberitahu, syarikat ini akan menyiasat kejadian ini dengan teliti dan telah juga menghubungi pemilik kenderaan untuk memastikan individu dan keluarganya dalam keadaan baik dan ia tidak akan berkompromi atas sebarang isu kualiti yang boleh menyebabkan gangguan fungsi kepada enjin atau kenderaan mereka.

Ia juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan spekulasi yang tidak benar. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!