1 Februari 2015


KUALA LUMPUR, 1 FEB 2015: Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.

Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular untuk  program Astro Kalau Dah Jodoh yang mempunyai  pengikut tersendiri menonton program tersebut.


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Datuk Jackie Chan dan Datuk Ustaz Kazim Elias yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!