5 Februari 2015


Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mara ke pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menewaskan Bengaluru FC 2-1, malam tadi.

Gol kemenangan pasukan tuan rumah hadir menerusi S Chanthuru pada minit ke-97 masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit permainan kelayakan pusingan pertama untuk mengheret perlawanan itu ke masa tambahan.

Pemain JDT, Hariss Harun meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru malam ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JDT mendahului pada minit ke-47 hasil jaringan Hariss Harun tapi Eugeneson Lyngdoh menyamakan kedudukan untuk Bengaluru pada minit ke-89.

Dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua, JDT akan menentang juara Piala FA Thailand, Bangkok Glass FC di tempat lawan Selasa ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!