11 Februari 2015


Hasrat untuk me­nyaksikan wakil negara bersaing dalam Liga Juara-juara Asia (ACL) terkubur setelah Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 0-3 kepada Bangkok Glass dari Thailand dalam kelayakan peringkat kedua di Stadium ­Thanyaburi, Pathum Thani semalam.

Bangkok Glass yang merupakan juara Piala FA Thailand, membuka jaringan menerusi pemain sayap kanan, Narong Jansawek pada minit ke-28, sebelum pe­nyerang dari Namibia, Lazarus Kaimbi menambah dua gol pada minit ke-51 dan 61 bagi menempah pertemuan dengan kelab China, Beijing Guoan dalam kelayakan ketiga.

Dalam aksi tersebut, JDT yang menurunkan ramai pemain simpanan seperti Mohd. Daudsu Jamaluddin, Jasazrin Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari gagal memberi tentangan sengit, malah nyaris kalah dengan margin lebih besar sekiranya Darko Tasevski menyempurnakan penalti pada minit ke-64.

Kekalahan itu bermakna JDT kini akan bersaing dalam Piala AFC bersama Pahang selaku juara Piala Malaysia, sekali gus menyebabkan Selangor terkeluar daripada pertandingan di peringkat Asia.

Undian Piala AFC yang telah dikeluarkan menyaksikan JDT ber­ada dalam Kumpulan F bersama East Bengal (India), Kitchee (Hong Kong) dan Balestier Khalsa (Singapura).

Pahang pula dalam Kumpulan G bersama Global FC (Filipina), South China (Hong Kong) dan Yadanarbon (Myanmar).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!