17 Februari 2015


Tokyo - Pihak berkuasa Jepun mengarahkan penduduk di beberapa pekan berdekatan kawasan pantai di wilayah Iwate berpindah ke lokasi selamat awal pagi ini ekoran gempa bumi kuat berukuran 6.9 skala Richter menggegarkan timur laut negara ini.

Portal berita The Gurdian memetik laporan Agensi Meteorologi Jepun sebagai berkata, amaran tsunami turut dikeluarkan dan ombak setinggi satu meter dijangka membadai kawasan pantai Iwate.

Jelas laporan tersebut, gempa berkenaan dikesan pada kedalaman kira-kira 9.6 kilometer dan gegaran dapat dirasakan sehingga Tokyo yang terletak 692 kilometer dari Iwate.

Tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, laporan rangkaian televisyen NKH menyebut, tsunami kecil dengan ukuran ombak 10 sentimeter direkodkan kira-kira 45 minit selepas gempa dan orang ramai dinasihati agar menjauhi kawasan pantai.

Syarikat pengendali loji tenaga nuklear, Tohoku Electric Power Co dan Tokyo Electric Power Co, melaporkan tiada kerosakan berlaku terhadap kedua-dua kemudahan terbabit selepas gempa.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!