24 Februari 2015


Satu siri manga yang memaparkan kehidupan Islam bakal diterbitkan di Jepun. Keluaran terbaharu produksi East Press itu adalah sebahagian daripada siri koleksi Manga de Dokuha.

Sebelum ini, siri-siri terdahulu Manga de Dokuha diterbitkan adalah dengan tujuan menerangkan kepentingan karya sastera klasik yang sebelum ini tidak diperdulikan para peminat manga.

Menurut jurucakap rasmi syarikat penerbitan itu, pengetahuan rakyat negara Jepun mengenai agama Islam sangatlah sedikit dan kadangkala termaktub dalam apa yang disaksi dalam kaca televisyen sahaja.

“Apa yang dilihat dalam berita seringkali memaparkan keganasan. Ia membuatkan orang tertanya apakah sebenarnya pegangan hidup umat Islam?” ujarnya.

Karya terbaru Manga de Dokuha itu akan mengunakan kitab suci umat Islam iaitu Al-Quran sebagai asas pedoman jalan cerita lantas membuka lembaran terhadap orang ramai mengenai apakah yang sebenarnya terkandung dalam kehidupan seorang muslim.

“Karya ini dapat membantu para penggemar manga dan anime supaya lebih memahami komuniti Islam moden,” terangnya lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!