23 Februari 2015


Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial.

Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.

Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit babi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas.

Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil.


Pengedar New Balance Malaysia berjanji akan mempamerkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit babi. Kedudukan papan tanda juga akan diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat dan digantung bersama kasut buatan kulit haiwan berkenaan.

Malah, kasut yang menggunakan kulit babi akan dibalut dengan plastik.

Mereka turut menjelaskan, kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan UK adalah menggunakan kulit babi. Namun, kebanyakan model 574 termasuk kasut larian, bersukan dan gym tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam.

Kemaskini yang dibuat oleh pihak New Balance Malaysia di Facebook dalam masa sama mendapat reaksi daripada pengguna media sosial.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!