1 Februari 2015


KUALA LUMPUR - Dua wanita di sini terkejut apabila mendapat tahu bahawa salah satu daripada rakan lelaki rapat yang dikenali sejak zaman universiti telah secara rahsia merakam mereka ketika mandi.

Ingin dikenali sebagai Tan dan Fong, mangsa-mangsa telah bercuti di rumah lelaki tersebut di Sibu, Sarawak pada tahun lepas dan Tan telah menemui sebatang pen hitam yang terbenam di dalam bekas berus gigi.

''Pen itu dihadapkan ke arah tempat mandi dan saya rasa ganjil bahawa terdapat sebatang pen di dalam bilik air. Oleh itu, saya telah membukanya dan terkejut apabila menemui kad mikro SD'', kata Tan. Dia kemudian memberitahu Fong yang video mandinya juga di dalam kad tersebut.


Tambahan pula, mereka telah menemui rakaman video yang lain di mana suspek telah merakam video rakan-rakan sekelas mereka ketika zaman universiti.

Ketua Jabatan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong di dalam satu sidang media telah berkata bahawa dia telah menerima 3 aduan pada tahun lepas mengenai rakaman wanita sebegini. "Wanita - wanita haruslah sentiasa berjaga-jaga dan saya mencadangkan untuk mereka membeli alat pengesan inframerah yang boleh mengesan kamera-kamera tersembunyi yang hanya berharga  RM60''.

Mangsa-mangsa masih belum membuat laporan polis dan mungkin akan mendakwa suspek di mahkamah.


* Foto sekadar hiasan 

Kredit Foto: Bulawayo 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!