4 Februari 2015


JITRA - Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Menurut Johari Hashim, pemuda berkenaan yang juga sekampung dengan mereka, pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Hasrat itu bagaimanapun tidak direstui mereka sekeluarga kerana mengesyaki pemuda tersebut terbabit dengan dadah.

Apabila pemuda terbabit berpindah dan bekerja di Melaka, Johari menyangka dia tidak lagi menganggu anaknya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan (AJK) agensi bukan kerajaan (NGO), Muslim Care, berkongsi cerita tentang keperibadian Nursyuhada yang merupakan salah seorang sukarelawan yang ke Kelantan dua minggu lepas.

Kata AJK berkenaan, Nursyuhada sangat komited dalam melaksanakan misi membersih serta menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir di negeri itu.

Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dikelar di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam. 

Suspek yang berusia 25 tahun telah direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!