"Bagaimanakah rupa dan kelakuan seseorang apabila sedang menipu"?
Assamuaalaikum and good morning. Ada siapa-siapa tak kat sini yang tak pernah menipu?. Kalau ada ada, mari sini biar aku tumbuk muka kau - peace yo . Kamu semua mesti tidak mahu ditipu kan?. Oleh itu,jom kita tengok bagaimana muka-muka dan reaksi si penipu-penipu besar ni apabila mereka temberang.
1) Lihat hidung dan mulutnya.
-Penipu selalunya menyentuh hidung atau menutup mulut mereka.
Ini dikatakan untuk menutup penipuan mereka.
2) Perubahan pergerakan kepala
-Mereka akan berpaling ke belakang, ke tepi atau tunduk ke bawah.
Ini berlaku ketika mereka ingin menjawab soalan yang akan ditanya.
3) Eye Contact
-selalunya penipu akan mengelakkan daripada melihat mata kita tetapi
bagi yang penipu yang selalu menipu mereka akan melihat mata kita
untuk membuatkan kita yakin kepada mereka.
4) Lihat tekak mereka
-Penipu selalunya akan menelan air liur mereka. Ini kerana menipu
membuatkan teka mereka menjadi kering lantas membuatkan mereka
untuk menelan air liur .
5) Dengar pernafasan mereka
-Mereka selalunya akan bernafas dengan kuat dan cepat.Bernafas terlalu
kuat akan membuatkan tekak mereka kering.
6) Dengar suara mereka
-Suara mereka akan berubah menjadi lebih kuat atau semakin lemah.
Gugup juga menunjukkan mereka menipu.
7) Peka dengan penjelasan
-Mereka selalunya akan memberi maklumat yang lebih selepas disoal.
Mereka juga akan mengulang perkataan atau ayat yang sama berulang
kali.
8) Lihat peluh di muka atau di badan
- Menipu membuatkan kita berdebar dan ini akan menyebabkan kita
mengeluarkan peluh.
9) Terlalu relax
- Kadang kadang penipu akan menguap atau berlakon relax untuk meyakinkan
kita yang mereka tidak bersalah