1 Februari 2015


Di negara Russia, perkahwinan antara jantina yang sama diharamkan tetapi, Alison Brook dan Alina Davis telah berjaya untuk berkahwin!

Rahsianya adalah kerana Alina sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki yang bernama Dmitry Kozhukhov. Dia melabelkan dirinya sebagai "androgyne'' di mana setiap hari, dia akan berpakaian seperti wanita walaupun sijil kelahirannya menyenaraikannya sebagai seorang lelaki. 

Oleh itu, mahkamah di Rusia tidak dapat menolak permintaan pasangan ini untuk berkahwin.


"Kami tidak menghadapi sebarang masalah apabila kami menyerahkan permohonan kepada pejabat pendaftaran. Tetapi kakitangan di pejabat pendaftaran telah memanggil kami dan memberitahu bahawa kami berdua tidak boleh hadir dalam gaun perkahwinan kerana di Rusia perkahwinan adalah hanya antara seorang lelaki dan seorang wanita".

''Itu mungkin adalah peraturan tetapi tidak terdapat undang-undang yang mengharamkan lelaki berpakaian seperti wanita ataupun kelihataan seiras dengan teman hidup kita and oleh itu kami membuat keputusan untuk hadir dalam gaun juga'', tambah Alina.

Mereka telah berkahwin di pejabat pendaftaran Kutuzovsky Prospekt di Moscow dengan memakai pakaian pengantin perempuan yang berwarna putih. 

Pasangan ini berharap bahawa perkahwinan mereka ini akan menukarkan perspektif penduduk Rusia dan akan mendorong pasangan yang sama jantina untuk berkahwin. 


Kredit Foto: First to Know 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!