4 Februari 2015


Barisan Ketua-ketua Umno hari ini menuntut penjelasan berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon yang dikatakan menyuarakan penentangan terhadap Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzil berkata, tindakan Sin Woon yang bekerjasama dengan DAP menentang kenyataan Ismail yang dikeluarkan baru-baru ini amat keterlaluan.

"Tindakan dia yang bersekongkol dengan DAP  menyelar kenyataan Datuk Ismail adalah satu tindakan yang dilihat amat keterlaluan.

"Kami mahu Presiden MCA mengambil tindakan tegas ke atas dia berhubung tindakannya itu. Kerjasama itu tidak dapat diterima kerana DAP terbukti sebuah parti yang cauvanis dan selalu menimbulkan isu perkauman," katanya dalam sebuah sidang media yang dihadiri lebih 60 ketua Umno bahagian di sini, hari ini.

Kelmarin, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon secara terang menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Dalam kenyataannya, Sin Woon dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: “Untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN.”

Musa dalam sidang media tengahari ini menambah, Sin Woon juga tidak mempunyai hak untuk meminta Ismail diundurkan dari jawatan menteri.

"Dia perlu jawab kenapa dia sanggup duduk semeja bersama DAP dan sanggup minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Datuk Ismail Sabri dari jawatan menteri.

"Kami sentiasa beri sokongan penuh terhadap kedudukan Ismail Sabri sebagai menteri. Apa yang dilakukannya adalah untuk memperjuangkan nasib semua kaum dan seluruh rakyat, bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja!" tegasnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!