1 Februari 2015


KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berpendapat hukuman merotan di sekolah adalah perlu bagi mendidik dan mendisiplinkan pelajar, namun perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
   
Lok Yim Pheng selaku Setiausaha Agung NUTP berkata, pelajar yang nakal dan tidak berdisiplin sukar untuk dikawal malah bakal menjejaskan pembelajaran pelajar lain jika hukuman rotan dimansuhkan.

"Hukuman merotan diperlukan ekoran ada segelintir pelajar sangat degil dan tidak mahu belajar. Mereka sukar untuk dibimbing lantas menyebabkan pelajar lain tidak boleh belajar," jelasnya dalam satu sidang media hari ini.


Menurut Yim Pheng, para guru perlu merujuk kepada peraturan khas berkaitan hukuman merotan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

Memetik Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957, hukuman merotan pelajar wajar dilaksana bagi mendisiplinkan pelajar yang nakal. 

Namun terdapat guru yang enggan merotan pelajar bagi tujuan mendisiplin kerana bimbang dikenakan tindakan melakukan jenayah. 

"Para pendidik tak boleh membiarkan pelajar nakal sebegitu sahaja, teknik mendisiplin pelajar haruslah lebih inovatif dan kreatif," tambahnya lagi. 

Beliau berharap Kementerian Pendidikan dapat menambah baik peraturan merotan dengan memberi definisi lebih khusus agar ia lebih difahami oleh semua guru.

Kredit gambar: kualalumpurpost
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!