2 Februari 2015


SINGAPURA - Satu pembunuhan ngeri yang berlaku Jumaat lalu di Yuan Ching Road di sini, dipercayai bermotifkan cemburu.

Dalam kejadian itu, Ken Ong, 37, bertindak mengelar isterinya Koh Siang Hua, 39, di kediaman mereka di Kondominium Jurong sebelum menikam diri sendiri.

Turut cedera adalam kejadian itu ialah pembantu rumah Filipina, Jamelarin Jasmen Corpuz, 37, yang dipercayai cuba meleraikan pertengkaran pasangan itu.

Perbuatan kejam dilakukan Ong itu sudah dirancang memandangkan dia sempat memuat naik satu status di Facebook jam 8.09 pagi hari itu bertajuk ‘Final Note’ yang mengulas tentang perkahwinannya dengan Koh selama tujuh tahun dan keluarga mentuanya.

Dalam nota yang disertakan, Ong menulis, “lies, empty promises and betrayal” (banyak menipu, janji-janji kosong dan pengkhianat) selain ayat berbunyi “knowing and loving you is really my biggest mistake in life” (mengenali dan mencintaimu adalah kesilapan terbesar dalam hidup ini).

Ong dan Koh meninggal dunia di hospital ekoran kecederaan dialami manakala pembantu rumah mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!