18 Februari 2015


Shenzhen: Seorang ketua polis di selatan China di sini dipecat selepas rakan sekerjanya mengasari sekumpulan wartawan yang cuba melaporkan perbuatan anggota yang menjamu salamander, sejenis haiwan diancam kepupusan di negara itu.

Media melaporkan bulan lalu, beberapa pegawai didakwa memakan salamander gergasi, amfibia paling besar di dunia, di sebuah restoran makanan laut.

Pegawai terbabit menampar dan menyerang tiga wartawan yang cuba merakam gambar jamuan, selain merampas telefon bimbit serta kamera mereka, menurut akhbar utama di selatan China, Southern Metropolis Daily.

Kes itu satu antara yang paling pelik sejak Presiden Xi Jinping melancarkan operasi membanteras rasuah dan pembaziran kerajaan di seluruh negara selepas dilantik menjadi memimpin Republik China pada 2013.

Menurut polis Shenzhen dalam kenyataan rasmi di blognya Isnin lalu, hasil siasatan menunjukkan salamander itu haiwan yang dibiakkan dalam kurungan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!