1 Februari 2015


KISAH anak murid jatuh cinta dengan cikgu sewaktu di bangku sekolah adalah perkara yang biasa didengar.

Malah ada sebilangan yang mengalami perasaan begini bertindak berani dengan mengutus surat cinta kepada cikgu yang telah mencuri hati mereka.



Sangka kami, begitulah kandungan surat di atas yang antaranya tertulis:

“Cikgu, izinkan saya mengenali cikgu dengan lebih dekat. Saya selalu perhati cikgu setiap kali datang ke sekolah.Ikhlas cikgu, saya amat sukakan cikgu dengan sepenuh hati saya. Setiap hari cikgu melangkah ke sekolah dengan penuh gaya yang mempersonakan saya…”

Tup-tup ayat berikutnya berbunyi, “Setiap kali saya menghantar anak ke sekolah, rasanya tidak mahu lagi saya berganjak selagi tidak ketemu kelibat cikgu…salam perkenalan.”

Mak ai! Bapak murid rupanya…tak padan dengan menghantar anak ke sekolah, cikgu mahu dingoratnya, haha.

Bersama surat cinta tersebut disertakan wajah guru yang didakwa menerima naskah berkenaan namun kami tak dapat memberi jaminan bahawa baik surat itu memang diutus kepadanya.

Tapi satu yang kami boleh jamin seratus peratus, Cikgu Aishah ni memang cun gileee…!

Cikgu sekolah mana agaknya? -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!