4 Februari 2015


TOKYO - Pihak polis di sini telah menahan seorang lelaki yang disyaki telah menipu dan merogol 100 wanita dengan menggunakan alasan menjalani ujian perubatan.

Hideyuki Noguchi, 54, telah memberi sedatif kepada mangsa, merakam aktiviti-aktiviti tidak senonoh dan akan menjual video tersebut kepada syarikat-syarikat filem.

Suspek akan menarik perhatian mangsa melalui iklan-iklan di internet ataupun menggunakan surat khabar untuk  mencari sukarelawan dalam menjalani ujian perubatan. Dia kemudian akan berjumpa dengan mangsa di hotel atau spa dan akan memberi mereka satu sedatif yang kuat.

Sebaik sahaja mereka pengsan, dia akan mula merogol dan merakam mereka. 

Suspek yang mempunyai kelayakan perubatan dikatakan dapat menjual video-videonya untuk RM500,000.  Pihak berkuasa mula menyiasat Hideyuki selepas satu aduan difailkan pada bulan November 2013, oleh seorang wanita yang telah melihat videonya di internet. 

Semua mangsa yang terlibat adalah dalam lingkungan 20an hingga 40an dan kebanyakkan mereka dari daerah Tokyo, Chiba, Osaka dan daerah lain.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!