2 Februari 2015


ROMANIA - Seorang lelaki bertindak mengiklankan dirinya untuk dilelong dalam ruangan iklan di sebuah akhbar. 

Seb Ciercies memutuskan untuk menjual ‘teruna’ diri kerana kecewa dirinya tidak laku ekoran tidak digilai kaum wanita meskipun mempunyai wajah yang agak tampan.

Jejaka berusia 29 tahun itu mengakui dia tidak sekacak pelakon terkenal Brat Pitt walaubagaimanapun tidak merasakan dirinya seorang yang hodoh.

Seb telah menetapkan harga lelongan USD1,000 (RM3,630) tetapi tidak mendapat bidaan dari mana-mana wanita di luar sana.


“Sebetulnya saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik, sepatutnya ada yang akan membida lebih tinggi,” ujarnya.

Menurut Seb lagi, tiada respon yang diterima adalah sangat mengecewakan berikutan fizikalnya yang sihat namun secara tidak langsung ditolak oleh seluruh dunia.

Antara sebab berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun selepas kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.

“Sebelum ini saya bekerja keras di ladang.  Ia memerlukan tenaga dan bebanan kerja yang lebih tetapi sekaligus membuatkan badan saya menarik. Tidak sangka tiada orang yang mahu,’’ katanya.

Kredit gambar: metro, mirror
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!