25 Februari 2015


Tindakan merotan murid perlu dikekalkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak yang akan digubal Julai depan bagi tujuan mendisiplinkan mereka.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata merotan itu perlu sebagai alternatif terakhir.

Lee berkata sebelum hak merotan diberikan kepada guru, murid perlu diberikan kaunseling dan dimaklumkan kepada ibu bapa terlebih dahulu.

Kaedah terakhir itu hanya akan digunakan di peringkat sekolah bagi memberi mesej kepada murid supaya tidak mengulangi kesalahan. 

“Sebelum rotan itu digunakan, murid berkenaan harus diberitahu apa sebab dia dirotan.Dia mesti diberitahu dan tujuan merotan itu bukanlah bermaksud mencederakan dia,” kata Lee.

Lee berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mengkaji semula rang undang-undang itu dengan mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dan guru.

Sebelum ini, larangan merotan kanak-kanak di sekolah telah dikeluarkan terutama yang melibatkan hukuman merotan di khalayak ramai.

Merotan kanak-kanak menjadi isu hangat apabila kementerian membuat kenyataan akan menjadikan tindakan merotan sebagai satu kesalahan jenayah.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!