24 Februari 2015


AUSTRALIA - Portal berita dailymail.com melaporkan ada kemungkinan bangkai pesawat MAS MH370 yang hilang Mac lalu, boleh ditemui menjelang Mei ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, berkata, misteri ketiadaan langsung sebarang bukti dan serpihan dari pesawat jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

Portal Air News And Services pula melaporkan serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada pesawat tersebut dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar.

MH370 hilang dari radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur, dan telah disahkan mengalami kecelakaan dan berakhir di Lautan Hindi. Kesemua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!