31 Januari 2015


KL, 26 JANUARI 2015: Sifat malu yang kian berkurangan dapat dilihat kepada perilaku Miley Cyrus yang seperti mahukan perhatian serta diingati dengan aksi daringnya yang gemar berbogel itu. Kemungkinan yang lain pula adalah dia mengalami masalah mental dan bertindak sedemikian.

Minggu ini hanya selepas dua minggu dia tampil didalam V Magazine dengan beberapa halaman yang menampilkan dirinya yang berbogel dan beraksi ghairah dirakam secara polaroid, dia menjadikan pesisir pantai di Hawaii ruang baru untuknya mendedahkan aset yang dimiliki penyanyi lagu Wrecking Ball itu.

Dia ditemani teman lelaki tersayang Patrick Schwarzenegger, 21, Miley hanya mengenakan seluar pendek hitam, itu sahaja manakala Patrick mengenakan celena pendek biru muda jarang.


Dalam berita lainnya pula Miley dikhabarkan sukar untuk mengeja dan menyebut nama penuh Patrick yang memiliki darah keturunan Austria di sebelah bapanya Arnold Schwarzenegger, ahli bina badan yang juga pelakon terkenal Hollywood.

Komen yang diberikan oleh peminat amat tidak bersetuju dengan tindakan Miley yang penah diangkat sebagai idola buat kanak –kanak remaja yang mengenalinya dengan siri Hannah Montana.




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!