20 Februari 2015


Terkejut besar Murai Batu lihat rakaman CCTV menerusi Instagram Raja Ilya apabila motor berkuasa tingginya di bawa lari oleh penyamun yang amat keterlaluan.

KTM Duke 200 yang berharga lebih RM15,000 itu di curi di kawasan tempat letak kereta di sebuah ‘production house’ di Damansara Perdana.

Besar kemungkinan Raja Ilya ada urusan kerja di situ dan nasib tidak menyebelahi dirinya sehingga kehilangan motor tersebut.


Murai Batu pun difahamkan dia juga adalah duta jenama motorsikal KTM dan apa yang diharapkan penyangak itu dapat diberkas di bawa ke muka pengadilan.

Yelah harga motor itu pun mahal kalau nak claim insurans pun mengambil masa yang lama. Apa-apa pun  Murai Batu doakan keselamatan Raja Ilya terjamin dan semoga dia lebih berhati-hati.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!