21 Februari 2015


Seorang peniaga sanggup menggunakan nama makanan yang berunsur lucah demi melariskan perniagaan kecil-kecilannya.

Seorang pengamal media sosial telah berkongsi gambar yang menunjukkan peniaga berkenaan menghidangkan 'Nasi Lemak Tetek'. Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial sejak minggu lalu.

Teknik pemasaran yang tidak senonoh itu tidak tertumpu pada nama hidangan sahaja malah nasi lemak yang disediakan turut dihias seakan-akan menyerupai payudara wanita.

Sesetengah pengguna media sosial menyifatkan taktik melariskan perniagaan itu sebagai satu perkara yang keji dan tidak wajar buat seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

Ada juga yang terkesal kerana peniaga ‘cetek pemikiran’ sanggup melakukan perkara seperti ini semata-mata untuk mengaut keuntungan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!