25 Februari 2015


LONDON - Kerana sebalang Nutella, satu keluarga bukan setakat kehilangan anjing kesayangan, tetapi rumah mereka juga hampir musnah terbakar.

Kejadian dipercayai berlaku apabila cahaya matahari terbias pada balang Nutella yang diletak di tepi tingkap.

Penyiasat percaya biasan sinaran matahari itu yang dipancarkan ke atas bidai dan tingkap kaca menyebabkan kebakaran tersebut.

Anjing peliharaan keluarga itu terperangkap di tingkat satu rumah berkenaan dan tidak berjaya diselamatkan.

Baik pulih rumah itu dijadualkan siap setahun lagi.

Ketua keluarga tersebut, Declan Murphy, berharap kejadian itu menjadi pengajaran dan meminta orang ramai berhati-hati apabila meletakkan barang atau sebarang perhiasan berdekatan tingkap kaca.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!