18 Februari 2015


LILLE  – Dua bekas pelacur semalam menggugurkan saman terhadap bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang sedang dibicarakan kerana didakwa menjadi bapa ayam di Perancis.

Bekas pelacur itu, Jade dan Mounia membuat pengakuan dramatik semasa perbicaraan kes itu tentang bagaimana mereka merasa tidak berdaya untuk mengatakan tidak kepada Strauss-Kahn yang meliwat mereka semasa satu parti seks.

Bagaimanapun peguam yang mewakili kedua-dua wanita itu berkata, mereka rasa tidak mampu untuk membuktikan bahawa bekas ahli politik itu tahu bahawa wanita berkenaan adalah pelacur dan mereka menggugurkan saman ke atasnya.

“Kami yakin Strauss-Kahn mempunyai pengetahuan tentang status pelacur itu, namun dengan hanya mempunyai kepercayaan itu dengan jelas tidak membuktikan bahawa undang-undang telah rosak,’’ kata peguam itu, Gilles Maton.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pasukan Bertindak Menentang Bapa Ayam turut menggugurkan tuntutan saman mereka.

Strauss-Kahn, bagaimanapun hanya menunjukkan sedikit reaksi ketika kenyataan itu dibacakan di mahkamah di Lille di utara Perancis.

Kes-kes sivil mereka dijalankan selari dengan perbicaraan jenayah yang menyaksikan Strauss-Kahn dan 13 tertuduh yang lain didakwa kerana menjadi bapa ayam dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!