11 Februari 2015


CAMERON HIGHLANDS - Ketua Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), B. Suresh Kumar menyatakan bahawa ramai gadis-gadis Orang Asli yang kini terjebak dalam dunia pelacuran kerana desakan hidup.

Masalah ini telah berlanjutan selama bertahun-tahun dan PSM telah cuba memujuk masyarakat Orang Asli untuk bersuara dan membuat laporan polis.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa dan keluarga Orang Asli memilih untuk mendiamkan diri ekoran memerlukan pendapatan tersebut untuk menyara hidup. Menurut Suresh, kaum keluarga turut terdorong oleh perasaan malu dan ketakutan.

Beberapa faktor menjadi penyebab mengapa bidang pelacuran Orang Asli popular di kalangan pekerja asing, antaranya kurang campur tangan oleh pihak berkuasa tempatan.

Jarak kampung yang terletak di kawasan pedalaman turut menjadi petanda risiko yang terlalu kecil buat pelacur dan pelanggan.

Suresh berkata demikian sebagai mengulas satu laporan media yang menyatakan gadis-gadis Orang Asli di Cameron Highlands menjadi mangsa seks pekerja asing, malah segelintir dari mereka hamil dan memilih jalan keluar seperti pengguguran.

“Orang Asli mudah dieksploitasi kerana kawasan-kawasan hutan dimusnah oleh para petani yang giat mencari tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan dan pembalakan. Ini menandakan penduduk asli negeri itu semakin kekurangan sumber asas,” ujar Suresh lagi.

Hutan tropika bertindak selaku sumber asli kepada kaum Orang Asli. Mereka bergantung kepada alam semulajadi untuk mendapatkan makanan, air, ubat-ubatan, kayu dan produk hutan.

"Dalam beberapa kes, sebahagian kampung bergabung apabila penduduk sebuah perkampungan itu terpaksa berpindah kerana kekurangan sumber semulajadi. Ada juga yang terpaksa berpindah di luar hutan lantas mengubah cara hidup yang sebelum ini berorientasikan ekonomi sara hidup,” tegas Suresh.

Ketua Setiausaha PSM itu turut menambah, Orang Asli sering ditindas dan dibayar serendah RM20 sehari bagi melakukan pekerjaan yang baik seperti penyambut tetamu hotel, pencuci atau pelayan.

“Bukan sahaja mereka disuruh bekerja tujuh hari seminggu malah segelintir melabel mereka sebagai ‘pemalas’ dan ‘tidak berguna’ kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Kini khabar angin mengenai gadis Orang Asli melahirkan anak tanpa dokumen giat mendapat perhatian.  Menurut Suresh, adalah mustahil untuk menganggar berapa ramai gadis-gadis Orang Asli yang bekerja sebagai pelacur.

Memetik laporan oleh Rakyat Post, kerajaan perlu bertanggungjawab ekoran gagal untuk memastikan hak-hak Orang Asli terhadap tanah yang mereka duduki diiktiraf.

"Kerajaan gagal membantu Orang Asli memanfaatkan pengetahuan arif mereka terhadap sumber di kawasan terbabit seperti spesies tumbuh-tumbuhan serta haiwan dan bagaimana untuk menguruskannya,” jelas Suresh.

Kerajaan juga gagal memantau masalah melibatkan pengubahan kawasan hutan menjadi lokasi pertanian tidak kira yang sah atau tidak sah.

- Gambar hiasan
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!