11 Februari 2015


ALOR SETAR – Pemilik sebuah rumah di Lorong Madrasah Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah di sini terkejut apabila menyedari seorang lelaki dipercayai pencuri sedang tidur di bawah keretanya kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, Nursyahbandi Abdullah, 30, mahu ke tempat kerjanya di pejabat Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) di sini.

Menurut Nursyahbandi, dia seperti biasa akan memeriksa keadaan keretanya yang diletakkan di hadapan rumah sebelum memandu ke tempat kerja.

“Saya terkejut apabila ternampak susuk badan seorang lelaki terbaring di bawah kereta dan saya mula syak sesuatu apabila ternampak ada gunting terselit di celah pakaiannya,” katanya di sini semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!