8 Februari 2015


KUALA LUMPUR - Pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana masalah teknikal.
 
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

 
Tony menganggap perkara itu sebagai satu isu kecil dan mengesahkan pesawat berkenaan sudah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
 
Pesawat itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.
 
 
 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!