13 Februari 2015


Tahukah anda selain daripada pelbagai kelengkapan senjata yang sering dirampas pihak berkuasa daripada anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditembak dulu, ada satu lagi ‘benda’ yang sering ditemui bersama mayat mereka – kondom!

Perkara itu didedahkan oleh siapa lagi kalau bukan pegawai polis dari Cawangan Khas (SB) yang terkenal, Datuk Paul Kiong.

Paul adalah penerima pingat keberanian tertinggi negara Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Beliau sangat diingati kerana pernah menyusup masuk ke kem komunis dan menyamar sebagai anggota komunis sejak sekian lama.

Menurut Paul, pemerintah komunis tidak menghalang jika anggota mereka terlibat dalam hubungan intim tetapi dengan syarat anggota komunis wanita TIDAK BOLEH MENGANDUNG.

Mana-mana anggota yang didapati mengandung, akan disingkirkan dari pasukan. Sebab itu kondom menjadi benda yang sangat ‘berharga’ selain senjata dan alat letupan untuk anggota komunis ini.

Katanya, ramai pengganas komunis terutama yang muda remaja jatuh cinta sewaktu berada di dalam hutan dan berakhir dengan perkahwinan.

Pada yang berkahwin atau ingin kekal sebagai kekasih, mereka akan menjalinkan hubungan sulit dan akan menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat melepaskan nafsu.

” Disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan kondom di dalam hutan ini, kebanyakan pengganas ini akan ‘recycle’ penggunaannya…lepas guna, basuh dan guna semula,” kata Paul dalam satu temuramah dengan portal The Antdaily.

-Mynewshub
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!