24 Februari 2015


ARAU – Ratusan pemilik kenderaan dari seluruh negara menyerbu Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis di sini bagi menempah nombor kenderaan siri RM yang dikaitkan dengan singkatan Ringgit Malaysia (RM).

Paling mencuri tumpuan ialah seorang kontraktor, Siang Tiong Ming, 56, yang sanggup datang dari Muar, Johor semata-mata ingin membida nombor utama yang melibatkan angka dua.

“Saya membida empat nombor plat yang bermula dengan angka dua dengan jumlah kos keseluruhan RM40,000. Saya memang seorang penggemar nombor pendaftaran kenderaan dan berharap RM2 dapat menjadi koleksi peribadi,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!