18 Februari 2015


MADRID - Penyandang juara Real Madrid tidak menjangkakan pesta gol akan berulang apabila mereka menentang Schalke 04 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara hari ini, selepas menang besar musim lalu.

Malah pemain tengah Real, Toni Kroos turut melaungkan amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah pasukan dari Jerman itu dalam kunjungan ke Veltins-Arena, Gelsenkirchen.
Pengendali Real, Carlo Ancelotti sekali lagi menyandarkan harapan kepada Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Karim Benzema untuk membolosi gawang lawan.

Trio berkenaan telah menjaring­kan dua gol setiap seorang ke­ti­ka membantu Real melakar ke­menangan besar 6-1 ke atas Schalke pada peringkat yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, prestasi Pe­ma­in Terbaik Dunia, Ronaldo menimbulkan tanda tanya sejak akhir-akhir ini selepas dia sekadar menjaringkan empat gol tahun ini. Kapten Portugal itu juga ga­gal menyengat ketika Real menewaskan Deportivo La Coruna 2-0 dalam aksi La Liga Sabtu lalu.

“Kami berada di kedudukan teratas La Liga dan kami juga ada­lah juara bertahan Liga Juara-juara Eropah.

“Saya mengakui, prestasi kami tidak begitu baik pada 2015, namun saya sentiasa berharap pasukan ini mampu mengembalikan semu­la kecemerlangan terutama da­lam aksi Liga Juara-juara,” kata An­celotti.

Sementara itu, Schalke yang ketika ini berada di anak tangga keempat Bundesliga berharap, pe­nyerang Belanda, Klaas-Jan Hun­telaar yang terlepas se­si latihan minggu lalu akibat jangkitan virus dapat kembali cergas untuk menentang Real.

“Dia adalah penyerang kami yang hebat dan saya amat gembira sekiranya dia dapat beraksi me­nentang Real.

“Tiada apa yang perlu kami bim­bangkan kerana jika kami terus bermain secara konsisten maka peluang kami untuk menang ke atas Real pasti lebih besar.

“Sasaran utama kami ketika ini adalah untuk mendapatkan keme­nangan dalam aksi di laman sendiri,” kata pemain tengah Schalke, Tran­quillo Barnetta.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!