11 Februari 2015


CHANGWON - KOREA SELATAN. Seorang wanita terkejut apabila rambutnya tiba-tiba 'ditelan' oleh robot pembersih hampagas ketika dia sedang tidur di atas lantai.

Menurut menurut laporan news.sky, wanita yang dikenali sebagai Yoon, 52, terjaga dari tidur apabila rambutnya disedut alat itu kerana disangka habuk.

Yoon melaporkan kepada bomba selepas cubaan untuk mengeluarkan rambutnya gagal.

Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan rambut dengan membuka hampagas berkenaan.

Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Peranti sedemikian telah popular beberapa dekad yang lalu, dengan jualan mencecah 10 juta unit.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!