9 Februari 2015


Penumpang yang membawa rokok elektronik perlu meletakkannya di dalam beg yang dibawa naik pesawat.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Malaysian Airlines (MAS) hari ini, peraturan baharu ini walau bagaimanapun tidak mengubah peraturan asal yang tidak membenarkan penumpang merokok di dalam kabin pesawat.

MAS berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengeluarkan amaran keselamatan mengesyorkan semua operator penerbangan memastikan rokok elektronik dibawa penumpang di dalam kabin dan bukannya di dalam bagasi di ruang kargo.

“Penumpang hanya dibenar membawa rokok elektronik ke dalam kabin penumpang bagi memastikan risiko keselamatan dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera sekiranya berlaku insiden tidak diingini,” kata MAS dalam kenyataan itu.

FAA berkata peraturan baharu itu susulan insiden kebakaran membabitkan rokok elektronik.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!