9 Februari 2015


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan daripada presiden hingga ke peringkat cawangan bermula April hingga Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah pemilihan semula itu adalah perlu untuk memastikan pertikaian dalam pemilihan bagi pemegang jawatan MIC dapat diselesaikan secara menyeluruh.

"Berikutan itu MIC perlu mengadakan pemilihan semula peringkat cawangan pada bulan April, pemilihan presiden pada Mei, peringkat bahagian pada Jun.

"Pemilihan sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC antara tempoh April hingga Jun, manakala pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Naib Presiden dan Timbalan Presiden serta Mesyuarat Agong diadakan pada Julai depan," katanya pada sidang media khas penjelasan isu ROS dan MIC di sini sebentar tadi.

Tambah beliau ahli CWC MIC yang dipilih pada tahun 2009 akan merangkap jawatan sebagai ahli CWC sementara hingga proses pemilihan semula ini selesai sepenuhnya.

"Kegagalan MIC untuk melaksanakan langkah yang ditetapkan ini boleh menyebabkan tindakan pembatalan di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 diambil terhadap parti ini," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!