20 Februari 2015


Seorang anak muda mengadu kepada seorang ustaz. Dia meluahkan rasa bersalahnya menceritakan kesalahan jirannya yang rupa-rupanya tidak benar. Sebenarnya dia pun dengan khabar daripada orang lain juga.

Anak Muda: bagaimana saya hendak memperbaiki kesalahan saya?

Ustaz: Baiklah. Pertama dapatkan seberapa banyak bulu ayam. Kemudian letakkan sehelai bulu ayam di depan pintu setiap rumah di kampung ini. Selesai nanti jumpa saya kembali untuk arahan seterusnya.

Selesai anak muda itu melaksanakan tugasnya, dia kembali kepada ustaz.

Ustaz: Sekarang kutip satu-satu bulu ayam itu semula.

Anak Muda: Mustahillah ustaz! rasanya sekarang semua bulu ayam sudah terbang entah kemana.

Ustaz: Samalah dengan khabar angin yang kamu sebarkan. Seperti bulu ayam yang diterbangkan angin entah ke mana-mana, mustahil kamu dapat mengutipnya kembali.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!